Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

Barisan Tertinggi Pengakap Kuala Lumpur

Barisan Tertinggi Pengakap Kuala Lumpur

Sambutan Hari Pengasas

Ucapan dari Ketua Pengakap JPWPKL

Perhimpunan Di Putrajaya 2013

Perhimpunan Tahunan Yang Diadakan Setiap Tahun

MESYUARAT LEMBAGA PENTARAF PENGAKAP RAJA KEBANGSAAN DAN MENYUARAT PASUKAN LATIHAN NEGARA


Pada tarikh 7 haribulan Februari 2014 telah berlangsung mesyuarat Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Kebangsaan di Pusat Latihan Pengakap (PULAPEM), Wisma Shafie Mohd Salleh, No.29, Jalan Taming Permai 1, Kawasan Perniagaan Taming Permai, 43300, Balakong, Selangor.



MESYUARAT LEMBAGA PENTARAF PENGAKAP RAJA KEBANGSAAN


Mesyuarat yang bermula jam 3.00 petang itu telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Pengakap Malaysia iaitu Dato' Raja Roslan bin Raja Samah. Selesai sahaja ucapan perasmian oleh Dato' Raja Roslan bin Raja Samah, hadirin mesyuarat menyaksikan upacara penyerahan tugas rasmi daripada Pesuruhjaya Latihan Negara Tuan Haji Shukor bin Mohsin kepada Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Pengakap Raja) Tuan Haji Abd Razak bin Haji Shahidan. 



MESYUARAT LEMBAGA PENTARAF PENGAKAP RAJA KEBANGSAAN


Perjalanan mesyuarat Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Kebangsaan kemudiaannya telah dipengerusikan sepenuhnya oleh Tuan Haji Abd Razak bin Haji Shahidan sehingga mesyuarat ditangguhkan.


MESYUARAT LEMBAGA PENTARAF PENGAKAP RAJA KEBANGSAAN




******************



MENYUARAT PASUKAN LATIHAN NEGARA


Pada tarikh 08 dan 09 haribulan Februari 2014 telah berlangsung pula mesyuarat Pasukan Latihan Negara di lokasi yang sama. Mesyuarat Pasukan Latihan Negara telah dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia iaitu Dato' Seri Paduka Dr. Aziz Jamaludin bin Mohd Tahir.



MENYUARAT PASUKAN LATIHAN NEGARA


Selesai sahaja ucapan perasmian oleh Dato' Seri Paduka Dr. Aziz Jamaludin bin Mohd Tahir, mesyuarat Pasukan Latihan Negara telah dipengerusikan sepenuhnya oleh Pesuruhjaya Latihan Negara Tuan Haji Shukor bin Mohsin sehingga mesyuarat ditangguhkan.